Review,  food

Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu – Selera Pok Long – Imran Talib

Antara tempat makan tengah hari yang menarik di Kuala Terengganu – Selera Pok Long Bukit Payong.

 

Beberapa hari yang lalu, saya berkunjung ke kawasan bukit payong untuk menjamu selera diri sendiri dan beberapa orang rakan di rumah mereka. Dan saya ditugaskan untuk mendapatkan makan tengah hari untuk dinikmati bersama. Dan apabila sampai ke kawasan bukit payong, tanpa sebarang ragu ragu, saya terus ke kedai ini.

Selera Pok Long – kedai makan tengah hari yang enak di kuala terengganu guys. Pada mulanya, saya hanya melihat lihat lauk lauk yang dihidangkan. tetapi semakin lama semakin terpanggil untuk mencuba. bayangkan – lebih 29 jenis lauk yang ade gais! Tak mungkin lah kawan kawan boleh merasa kesemuanya.

 

 

In short:

– Pelbagai variasi lauk masakan
– Rasa yang enak! – yang saya sempat cuba – ikan keli goreng, lauk masak lemak, sayur kangkung cili, ayam goreng pok long, kerabu thailand kaki ayam (yang ni gais, SUPER OHSEM!. kaki ayam tu tak penting pun, tapi kuah kerabu thai dier memang hampir serupa dengan ape yang korang boleh dapat dekat thailand tau!)
– harga yang sangat berpatutan gais. saya amek pelbagai jenis lauk, nasi, untuk makan 3 orang (tapi sempat 6 orang makan hoi!) – RM 27 sahaja. dengan lauk yang macam – macam tu, mane nak dapat hoi!
– pekerja di kedai yang sangat mesra
– keadaan kedai yang selesa – tapi tak sempat nak makan kat situ. saya terus gerak selepas tu.

 

Tempat Makan Menarik Di Terengganu – Makan Tengah Hari Kat Sini!

So gais. kalau korang mencari tempat makan menarik di kuala terengganu, tak perlu pening – pening dah. Singgah lah kat sini. Location dier, korang google @ waze Agro Bank Bukit Payong. Kedai makan tengah hari ni satu deretan dengan Agro Bank tersebut gais. Eh korang waze terus lah restoran selera pok long.

Ataupun. korang klik je link ni, nanti dier buka google maps / waze.  Ataupun korang klik maps kat bawah ni.

 

Dah singgah makan tu share la gambar sikit guys. Saya tak sempat nak rasa lauk lauk gulai kawah hari tu. betul tu guys! ada lauk gulai kawah sekali aduh saliha enaknya kalau dapat merasa lauk makan tengah hari gulai kawah tu.

Maybe next time.

Share, Like, and Follow me guys!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *